ARTIKEL MANUSIA DAN
CINTA KASIH
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai
yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan
kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini
saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta
sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak
Dilahirkan
Rasa
cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma
manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada
belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas
mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat
dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih
bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap
tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta
itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk
berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta
saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk
menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci
murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap
Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak
kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang
asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah
bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya
menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat
cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut
hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga
ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang
patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa
membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada
diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur.
Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta,
melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira,
sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu
ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal
selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana
yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia
tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna
ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci
bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba
mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta
suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta
itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya
tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak
kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda
terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang
tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu
berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai
cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu
walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal
itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang
percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja
yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu
tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri
semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda
bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau
merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci
dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar